Wednesday 18 December 2019

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~














Yeah, I know, most if it macam minta pelempang but oh well... Ahah~ Do leave some comment kalau nak XD

Sunday 15 December 2019

BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)





Ini... Ini... Adalah salah satu daripad avideo yang sya tak tahu nak cakap apa.. Sebab.. Sebab video ni pelik. Pelik lagikan eeuw. Rasa macam apa niiiiiiiiiiii hahaha ~ Shooting malam kot, kat fep, dengan saya gi kubur lagi just wowwwww.... What I won't do for the good mark. Semoga anda terhibur dengan video ni !

BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)





Ni shooting kali kedua sebenarnya, sebab yang pertama tak lawa, tak jadi dan ada masalah teknikal. Bak kata pepatah, kejap kat atas, kejap kat bawah, haa lebih kuranglah dengan kumpulan kami. Ada masanya semua okay, ada masanya semua cam kelaut sikit. Tapi apa pa apun, kami cuba improvise, cuba buat semuanya jadi lebih elok ! Maka terhasillah benda ni !

BBM3410SATU - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)





Wehh guys ! Ni video last kitorang, video saya tahu !! Video ni, allahu weh ! Kami shoot time hujan rintik, siap kedai gi rejcet, nasiblah ada makcik Tijah, elok tu kedainya !! Moga dipermudahkan urusan dan dilancarkan rezeki ! Sedap, serius sedap ! Cuma maybe time kami datang tu, beliau tak expect, satu group dah penuh dah kedai dia. Hahah~ Tapi tulah, shooting kali ni menarik sebab ada anak kucing !

BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU) (INSTRUMENTAL LANCANG KUNING)





Bah, bah, bah ! Apa kalian tinguk tinguk sini ?! Betullah kalian baca tu, aku memang ada jual sabun ! Sabun detergent lagi, ada bau bunga bunga begitu ! Khas untuk baju baju kalian yang bau macam kena asap sinalau ! Jangan kalian risau, murah juga, organik lagi, kira Malaysian punya product bah ! Sokonglah bah ju, cakap BMF BMF ! Apa tinguk tinguk, grab jak banyak banyak !!!

BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS) - Misha Omar (Pulangkan)









Haa ni lagi satu, takyah cakap banyakkkkkk ! Video ni paling saya rasa cammmmmmmmm huish. Dahlah shoot time malam, kat FBMK lak tu ! Lagi seram bila shoot video ni dekat ngan bilik SV untuk FYP, satgi syok bervideo member jengah kelaur tanya, haa bab 3 apa cerita ? Allahu, sandinya kau doc ! Time record ni ati ku ni kan, slalu jak berdua agar Tuhan permudahkan, janganlah ada benda yang tidak diingini macam sv tanya bab 3 laa, bab 4 laa semua, haish !! Palis palis hahaha~

BBM3410SATU - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)





Time ni saya tak terlibat mana. Bukan sebab saya lari eh, memandai je cakap, tapi sebab masa ni saya jemput fam saya dari airport. Keluarga saya datang untuk majlis konvokesyen adik saya. Sejujurnya memang haru biru sebab baru a few days juga kehilangan ayah, but oh well.. Allah lebih tahu yang terbaik. Jadi, tetap semangat !!!

BBM3410Satu-Video 9 (One Shot 3 Layer)





Hat ni seronok ! Seronok sebab satu, buat kat tempat umum, dua, buat kat majlis orang, ya, orang ada majlis kat belah tepi tu, tu yang seronoknya tu, sebab semua rakam. Cis..... And tiga, ada a few je yang sempoi untuk lalu. Over all, buat video static gini memang payah, although kadang kadang dia jadi senang kalau takde masalah berbangkit. Apa apa pun, kumpulan Prestige memang sempoi ! Haa sila sila, tekan button tu weh !!!

BBM3410SATU - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)







Again, watak lelaki tak guna. Hahaha~ Somehow, kadang an, saya rasa kawan kawan saya ni memang nampak saya as lelaki tak guna ke, atau saya yang ada bakat untuk menjiwai watak lelaki tak guna ?? Hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sedih sia... Tapi apa apa pun, enjoy ! Salute !!!

BBM3410SATU- Video 7 (Oneshot) (Temberang)





Jemput kak, abang, semua. Silakan menonton persembahan kami !!

BBM3410Satu2019: Swafoto Bersama Prof

*pentas gelap dan kesunyiannya jelas terasa, sekali sekala kedengaran dehem dan juga batuk

Jeng jeng jeng jeng !!! Kini, tibalah detik yang dinanti nantikan.. Seorang yang terkanl, seorang yang sentiasa disebut sebut, seorang.. Seorang yang lain dari yang lain..

Mempersilakan,  Yang Berbahagia, Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim !

*lampu disorotkan ke tengah pentas

 Benar tuan tuan semua, inilah dia, sosok yang di momokkan dengan nama ProfDrN yang memabnjiri media sosial baru baru ini ! Beliaulah yang bertanggungjawab ke atas sekian sekian yang memuat naik video dan juga gambar gambar tertentu ! Beliaulah sosok yang bertanggungjawab keatas rungutan dan juga keluhan orang orang tertentu ! Beliaulah orangnya tuan puan ! Beliau, Prof. Dr. Normaliza !

Berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau di atas usaha dalam mendidik generasi muda !

Berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau di atas pendekatan kuliah yang berlainan !

Berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau di atas cara berfikir yang lain dari yang lain !

Tuan puan, beliaulah yang telah berjaya merangkul anugerah, pensyarah yang lain, dari yang lain !

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan, dan terima kasih prof, atas segalanya~ sekian.

*dewan bergema dengan tepukan paling gemuruh

BBM3410Satu2019: Keberkatan

Sejujrunya dah takde idea ni nak cakap sal apa. Tapi takpe, kita proceed je. Sebab terlalu banyak benda yang dikejar, sampaikan semua yang sedia ada pun kelaut. Allahu, sikit je lagi weh. Insya Allah boleh ni. Okaay, so tentang gambar ni. Gambar ni adalah gambar mengenai keberkatan. Pada awalnya saya sendiri confuse gak, nak bubuh apa eh untuk keberkatan. Dok fikir sana sini, sampailah satu ketika, tetiba terpandang buku ni. Buku ni saya selalau hadap time time semangat tu semacam. Dia bukan Quran, tapi ada fungsi yang lebih kurang sama macam Quran. Apa ? Tak jelas sal fungsinya ?? Senang. UNTUK KEBERKATAN~ Sesuai seperti namanya, Iqra. Bacalah~


BBM3410Satu2019: Ibu

Ibu.. Oh Ibu... Engkaulah.. Ratu hatiku~ ya, itulah bait iklan yang digunakan di dalam iklan susu untuk tumbesaran kanak kanak di kaca televisyen. Dan sesuai juga dengan lirik lagu tersebut, haa itulah dia juga merangkap tajuk utama kita pada post kali ini ! Tentang, ibu ! Beliau adalah seorang yang sentiasa menyokong, dan bahkan terlampau sayang, akan diri anak anaknya hinggakan sanggup mengabaikan diri sendiri. Beliau juga adalah seseorang yang akan sentiasa menangkan anaknya, walaupun kadang kadang, anaknya sendiri memang terbukti salah. Beliau adalah orang yang sentiasa mencuba sedaya upaya, untuk memberikan yang terbaik, untuk keluarganya. Berlainan perannya dengan sang ayah, namun mencukupi apabila digabungkan keduanya. Alhamdulillah, belaiulah sang IBU. Sang ratu, hatiku~ Give your mom a hug everybody !!! And a dhua, THAT IS A MUST !!!


BBM3410Satu2019: Kelegaan


Okay, sekarang kita bergerak menuju kelegaan pula. Kegembiraan dah, Keredhaan dah, Ketenangan dan sekarang lak, Kelegaan. Sebenarnya ada apa dengan semua Ke Ke Ke ni ?? Haa tu satu satu soalan yang ringkas, dan jawapannya pretty much forward juga. Jawapannya adalah.......... Tinininit(buat bunyi cam Doraemon keluarkan barang dari poket dia) Assignment. Tugasan khas setiap minggu. Lol~ But putting that aside, inilah dia benda yang melegakan saya. Apabila saya dah selesai tanggungjawab di sini, dan alhamdulillah, pergi balik, saya sendiri yang hantar, meski hanya mampu bersederhana. Terima kasih mak, akak, semua. Alhamdulillah, lega.

BBM3410Satu2019: Kegembiraan

Now we are gonna talk about my "KEGEMBIRAAN" !!! And as much as ya guys can guess, it's pretty much straight forward ! MA FAM ! Keluargaku, keluarga ko, and etc term that bring the same meaning ! Just look at ma grin, boy !!!

Also, give some dhua to my sis will ya ?? Baru konvo kot tu ! 

BBM3410Satu2019: Ketenangan

..... Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh kakak saya. Sebuah gambar yang ringkas, namun, boleh dikatakan Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada saat melihat gambar ini. Yupz, that's ma pa. My one, and my only, Abah. Ada banyak lagi benda yang saya tak sempat nak share dengan beliau, tunjuk, bagi dan seangkatan dengannya. Dia bukan sakit, tapi entah. Dia rasa macam kosong. Kosong yang sukar untuk dijelaskan. Anyways, still alhamdulillah. Sebab semuanya telah berjalan dengan lancar. Amin.


BBM3410Satu2019: Keredhaan

Ini adalah sebuah tugasan yang berkisarkan mengenai keredhaan. And tbh, it's kinda hard ya know.. To be all accepting and etc. Berat geng. buh oh well, thing will be okay. Semuanya akan kembali okay. Insya Allah.

Wednesday 4 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Salam, afternoon, selamat bah abey, etc ! Yo~

So, semester ni adalah semester akhir saya di UPM, dan dalam semester ni juga, kami ada pakai satu buku yang menarik, haa silakan jengah !!


Okay, buku ni namanya Eh !!! Media Sosial oleh Prof. dato' Noraien Mansor dan juga Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Dalam buku ni, ianya mengandungi 8 bab yang  meliputi topik topik tertentu.

Bab 1 adalah topik pengenalan, di mana ianya akan menghuraikan mengenai media sosial dan kaitannya dengan pembelajran. Di dalam bab ini, ianya akan menyentuh mengenai etika, jenis media, dan juga gambaran keseluruhan kepada semua bab bab lain.


Untuk bab 2, ianya lebih bertumpu kepada laman sesawang Twitter, dimana penulis merincikan mnegenai cara pendaftaran, penggunaan dan juga kajian yang berkaitan dengan laman terbabit. Ianya merupakan sebuah laman yang hebat dan sesuai untuk generaasi yang masih lagi belum boleh melupakan zaman penggunaan aksara yang terhad. Haha~

Untuk bab 3 pula, ianya menyentuh mengenai salah satu lama yang pada dulunya dikhaskan untuk orang tertentu namun kini telah buka kepada umum. Facebook. Sama seperti bab sebelumnya, bab 3 juga berkaitan mengenai pengenalan, kajian, faedah dan seangkatan dengannya. Di dalam bab 3 juga, para pembaca akan di ajar untuk membuka dan mendaftar akaun Facebook.

Bab 4. Bab 4 adalah mengenai sebuah aplikasi yang popular di kalangan pengguna smartphone. Memperkenalkan, Instagram ! Sebuah aplikasi yang dicipta khas untuk berkongsi gambar dan juga video yang dimuat naik ke system khas, ianya adalah inovasi yang menarik dan boleh dikatakan ulung. Bab ini juga mengajarkan mengenai pendaftaran dan cara penggunaan.

Seterusnya, bab 5. Bab 5 mengajarkan mengenai ibu kepada segala perkara, iaitu……… Emel ! tanpa emel, sebarang pendaftaran, transaksi, mahupun apa apa akses yang melibatkan internet adalah sangat tidak mungkin ! baba ini mengajarkan mengenai pendaftran dan juga penggunaan email itu sendiri.

Kemudian, bab 6. Blog. yupz, blog, ya heard me right. Benda yang kalian tengah baca ini, blog. bab ini mengajarkan mengenai blog. Dari pendaftaran, hingga ke cara penggunaan, dan seterusnya kajian.

Seterusnya lagi, bab 7, bab kedua terakhir ! Bab ini menyentuh mengenai isu did alma rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Di dalam bab ini, penulis menyentuh mnegani teori, literature, metadologi dan juga hasil serta pembincangan topic ini dengan para pembaca.

Untuk bab yang ke 8, dan terakhir, pembaca akan disajikan dengan implikasi pedagogi. Dimana peranan guru dan rangka kerja, pelajar, suasana pembelajaran dan lain lain akan disentuh dengan menyeluruh dan di bahaskan dengan terperinci,

Secara peribadinya, saya berpendapat, bahawa buku ini telah memberikan implikasi yang elok kepada para pembaca khususnya kepada golongan yang ingin mempelajari mengenai teknologi media sosial. Ianya juga akan memberikan pendedahan yang cukup serta panduan yang ringkas dan mudah di ikuti oleh segenap umur !


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Harga: RM60


BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...