Friday, 27 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Salam buat pembaca blogku sekalian ! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani hari yang produktif buat semua ! Okay di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya selaku salah seorang kadet di dalam unit beruniform SUKSIS di UPM. Sepertimana PALAPES, kami juga terlibat dengan aktiviti aktiviti kemasyarakatan seperti gotong - royong, rewang kenduri selamat dan juga bahkan terlibat untuk mengawal keadaan dan keselamatan sewatu majlis - majlis khas.

Selain itu, menyertai unit ini juga telah banyak memberikan saya ilmu baharu daripada unit unit khas PDRM yang sebelum ini hanya saya kenali melalui cerita kepolisian di televisyen. Saya juga telah bersua dengan "muka muka besar" yang berada di dalam PDRM dan ini juga semestinya pengalaman yang amat berharga kerana untuk memungkinkan orang awam berhadapan dengan mereka ialah samada melalui penganugerahan pingat ataupun disabitkan kesalahan serius yang melibatkan ancaman kelas 3(berkaitan negara).

Saya juga amat bersyukur dan bangga kerana telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun yang bertempat di USM, Pulau Pinang pada 4 Ogos yang lalu.


Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita sosial 1 (Nenek dan Datuk) dalam Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mengisahkan mengenai Alim, seorang kanak kanak yang tidak sabar untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang, Selangor. Alim tidak sabar untuk melihat ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya. Namun begitu, tibanya di kampung, Alim merasa sedih lalu menangis kerana beliau gagal menjumpai ayam dan itik peliharaan datuk dan nenek. Neneknya justeru memujuk dan membawa Alim ke reban itik dan ayam yang baru. Puas melihat haiwan tersebut, Alim sekali lagi menangis apabila melihat perbezaan pada rumah datuk dan neneknya. Neneknya sekali lagi memujuk Alim sambil bercerita mengenai perabot rumahnya. Keluarga Alim berasa sedih melihatkan gelagat anak mereka manakala Alim bersama adik beradiknya yang lain menonton televisyen.

Cerita ini boleh disampaikan melalui teks, audio, video dan bahkan animasi.

Penyampaian melalui video adalah melalui persembahan seperti teater ataupun lakon layar yang kemudiannya dirakam ke dalam cakera padat mahupun telefon untuk disebarkan. 

Manakala penyampain melalui teks adalah melalui buku cerita, ataupun penulisan di media sosial. Penulisan ini kemudiannya boleh dikongsi umum melalui butang perkongsian ataupun saranan.

Penyampaian melalui audio pula lebih menjurus kepada suara yang dirakam yang menceritakan mengenai kisah terbabit dan kemudiannya akan di sebarkan melalui media khas seperti audio pod atau langganan audio khas.

Penyampaian yang terakhir dan juga paling canggih adalah melalui animasi, dimana ianya memerlukan pengetahuan dan kemampuan yang hebat di dalam proses pembuatan animasi di samping peralatan yang bersesuaian. Hasil animasi tersebut boleh disebarkan melalui aplikasi mudah alih ataupun portal internet itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), BOOM with Social Media (2019), terdapat 10 ciri penulisan blog yang menarik.

Antaranya ialah, tajuk yang menarik perhatian. Dini hari, penggunaan tajuk yang efisien adalah salah satu daripada penyumbang jumlah pembaca yang tinggi. Dengan menggunakan tajuk yang bersesuaian, ianya mampu menarik minat pembaca dan juga secara tidak langsung memudahkan enjin carian memaparkan halaman blog kita sebagai cadangan utama untuk sesebuah carian.

Selain itu, beliau juga turut menyarankan agar cerita yang di sampaikan turut mempunyai daya tarikan. Ini bagi mengelakkan para pembaca kehilangan minat untuk meneruskan bacaan, terutama sekali untuk bahan bacaan yang panjang.

Di samping itu, penggunaan ayat humoris dan berunsur jenaka juga mampu membantu para pembaca untuk lebih bersemangat sewaktu menikmati halwa minda tersebut. Penggunaan ayat humoris ini secara automatiknya akan bertindak sebagai agen penenang ataupun tanda rehat bagi para pembaca, lebih lebih lagi untuk bahan bacaan yang mempunyai jalan cerita yang penuh konflik dan berat. 

Penulis juga haruslah mempunyai hujah yang baik untuk menghuraikan penulisan yang disampaikan. Ini adalah untuk memastikan tidak wujudnya sebarang isu yang mampu mengelirukan pembaca mahupun kontroversi yang akan membantutkan karier penulis itu sendiri. Ketepatan fakta dan juga kelogikan idea haruslah di sertai dengan hujah yang bersesuaian agar minda para pembaca mampu menelusuri idea yang dibelah oleh sang penulis.

Penulisan yang berdasarkan berita terkini juga merupakan contoh etika penulisan yang baik. Para pembaca secara tidak langsung akan mendapat manfaat daripada penulisan di samping mengetahui hal hal semasa. Namun sedemikian, para penulis haruslah berhati hati di dalam penyampaian terbabit, kerana setiap isu ataupun cerita yang di sampaikan haruslah tidak menyinggung mana mana pihak ataupun orang tertentu.

Penggunaan kata dan struktur ayat yang ringkas juga sedikit sebanyak terbukti membantu di dalam penulisan blog. Kata kata yang mudah difahami berserta struktur ayat yang ringkas bukan sahaja meminimumkan salah faham, bahkan secara tidak langsung mewujudkan efek santai dan bersahaja untuk para pembaca. 

Penulisan yang mudah di fahami juga secara tidak langsung persamaan yang menarik para pembaca. Ini di kenali sebagai penulisan yang mampu berkomunikasi secara tidak langsung dengan para pembaca. Penulisan jenis ini biasanya berkisar mengenai pengalaman penulis itu sendiri yang kemudiannya di olah di dalam gaya yang tersendiri oleh penulis.

Normaliza Abd Rahim(2014) juga berpendapat, penyertaan nilai moral dan estetika ke dalam bahan penulisan juga merupakan cara penulisan blog yang elok. Ini adalah untuk memastikan para pembaca mendapat manfaat yang sewajarnya, tak kira siapa mahupun berapa umurnya.

Penulis juga haruslah memastikan dirinya mempunyai ilmu yang diperlukan sebelum menulis, lebih lebih lagi berkaitan penulisan ilmiah ataupun berunsur pendidikan. Ketidak tepatan fakta akan mampu mewujudkan salah faham dan juga kekeliruan di kalangan pembaca yang boleh menggugat kredibiliti sang penulis.

Friday, 20 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd. Karim
Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka.


BBM3410Satu2019:DIRI

Nama saya Akmal Khairani Bin Ibrahim. Saya berasal dari Matu, Sarawak. Hobi saya ialah membaca buku. Antara genre buku yang saya minati ialah sains fiksyen, aksi, dan seram. Saya juga meminati sukan lasak seperti sukan berbasikal bukit dan parkour.


Sekian, terima kasih atas perhatiannya.





BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...