Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), BOOM with Social Media (2019), terdapat 10 ciri penulisan blog yang menarik.
Antaranya ialah, tajuk yang menarik perhatian. Dini hari, penggunaan tajuk yang efisien adalah salah satu daripada penyumbang jumlah pembaca yang tinggi. Dengan menggunakan tajuk yang bersesuaian, ianya mampu menarik minat pembaca dan juga secara tidak langsung memudahkan enjin carian memaparkan halaman blog kita sebagai cadangan utama untuk sesebuah carian.
Selain itu, beliau juga turut menyarankan agar cerita yang di sampaikan turut mempunyai daya tarikan. Ini bagi mengelakkan para pembaca kehilangan minat untuk meneruskan bacaan, terutama sekali untuk bahan bacaan yang panjang.
Di samping itu, penggunaan ayat humoris dan berunsur jenaka juga mampu membantu para pembaca untuk lebih bersemangat sewaktu menikmati halwa minda tersebut. Penggunaan ayat humoris ini secara automatiknya akan bertindak sebagai agen penenang ataupun tanda rehat bagi para pembaca, lebih lebih lagi untuk bahan bacaan yang mempunyai jalan cerita yang penuh konflik dan berat.
Penulis juga haruslah mempunyai hujah yang baik untuk menghuraikan penulisan yang disampaikan. Ini adalah untuk memastikan tidak wujudnya sebarang isu yang mampu mengelirukan pembaca mahupun kontroversi yang akan membantutkan karier penulis itu sendiri. Ketepatan fakta dan juga kelogikan idea haruslah di sertai dengan hujah yang bersesuaian agar minda para pembaca mampu menelusuri idea yang dibelah oleh sang penulis.
Penulisan yang berdasarkan berita terkini juga merupakan contoh etika penulisan yang baik. Para pembaca secara tidak langsung akan mendapat manfaat daripada penulisan di samping mengetahui hal hal semasa. Namun sedemikian, para penulis haruslah berhati hati di dalam penyampaian terbabit, kerana setiap isu ataupun cerita yang di sampaikan haruslah tidak menyinggung mana mana pihak ataupun orang tertentu.
Penggunaan kata dan struktur ayat yang ringkas juga sedikit sebanyak terbukti membantu di dalam penulisan blog. Kata kata yang mudah difahami berserta struktur ayat yang ringkas bukan sahaja meminimumkan salah faham, bahkan secara tidak langsung mewujudkan efek santai dan bersahaja untuk para pembaca.
Penulisan yang mudah di fahami juga secara tidak langsung persamaan yang menarik para pembaca. Ini di kenali sebagai penulisan yang mampu berkomunikasi secara tidak langsung dengan para pembaca. Penulisan jenis ini biasanya berkisar mengenai pengalaman penulis itu sendiri yang kemudiannya di olah di dalam gaya yang tersendiri oleh penulis.
Normaliza Abd Rahim(2014) juga berpendapat, penyertaan nilai moral dan estetika ke dalam bahan penulisan juga merupakan cara penulisan blog yang elok. Ini adalah untuk memastikan para pembaca mendapat manfaat yang sewajarnya, tak kira siapa mahupun berapa umurnya.
Penulis juga haruslah memastikan dirinya mempunyai ilmu yang diperlukan sebelum menulis, lebih lebih lagi berkaitan penulisan ilmiah ataupun berunsur pendidikan. Ketidak tepatan fakta akan mampu mewujudkan salah faham dan juga kekeliruan di kalangan pembaca yang boleh menggugat kredibiliti sang penulis.
No comments:
Post a Comment