Ulasan
Mengikut Bab 1 hingga 6 & Impikasi Buku Kajian Wacana dan strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia
Terengganu
Bab 1 di dalam buku Kajian Wacana
& Strategi Komunikasi Teori & Aplikasi adalah lebih menyeluruh kepada
pengenalan terhadap sistem komunikasi yang menggunakan wacana. Bab 1 juga
memperkenalkan beberapa orang tokoh yang memberikan definisi wacana yang
berbeza – beza seperti Edmonson(1981), Kamus Dewan(Edisi keempat), Asmah Haji
Omar(1986), Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam(1985), Normaliza Abd Rahim(2014),
Stubbs(1983), Brown & Yule(1983), Halliday & Hassan(1985) dan Normaliza
Abd Rahim(2018b).
Untuk bab 2, ianya lebih menjurus kepada
teori dan pendekatan dalam kajian wacana. Terdapat 4 tokoh utama yang
dibincangkan di dalam bab ini iaitu, Brown & Yule(1983) dengan teori
analisisnya mengenai 4 elemen wacana dan cara analisisnya, Stubbs(1983) dengan
teori analisis wacana adalah untuk kajian unit linguistic yang lebih besar,
Vandijk (1977) dengan teori wacana mikro dan makro, serta tokoh tempatan,
pendekatan analisis wacana Normaliza Adb Rahim(2018b) yang melibatkan ujaran
%& reaksi daripada masyarakat.
Manakala untuk bab 3, bab ini
merangkumi kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tektual cerita sosial dan
ujaran di dalam kalangan autism. Kajian di dalam bab 3 ini adalah menggunakan
pendekatan yang dicadangkan melalui penganalisian tiga elemen iaitu kandungan,
konteks dan andaian. Antara cerita sosial yang akan di kaji di dalam kajian
wacana tekstual adalah “Keluarga Saya”, “Saya Yang Istimewa”,”Nenek dan Datuk”,
“Hati” dan “Jiran”.
Bab 4 pula menyentuh mengenai
strategi komunikasi di dalam kalangan pelajar di dalam mengutarakan atau
memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik
bahasa sasaran belum di bentuk. Mesej yang dihantar serta diterima akan
menggunakan pelbagai strategi supaya kedua dua pihak faham dan mampu bertindak
balas terhadap mesej tersebut.
Untuk bab 5, ianya berkenaan
taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab ini akan membincangkan
mengenai teori 3 elemen Tarone, Sembilan strategi komunikasi Johnstone, tiga
aspek Faerch & Kasper, dan taksonomi strategi komunikasi Dornyei &
Scott.
Bab 6 pula merujuk kepada analisis
strategi komunikasi dalam kalangan kanak kanak. Di dalam bab ini, pengkaji
telah membuat 16 pendekatan menggunakan strategi komunikasi. Antaranya ialah,
analisis strategi singkatan perkataan, perkataan baharu tiada makna,
penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri
dan lain-lain lagi.
Implikasi buku ini kepada pelajar
ialah, mereka dapat menimba ilmu baharu dan memperkasakan lagi kemahiran
komunikasi mereka. Oleh itu,terbuktilah buku ini adalah salah satu daripada asset
yang berharga kepada masyarakat.
Harga Buku: RM20.00
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia
Terengganu
No comments:
Post a Comment