Sepetang bersama neslo ais yang ditaburi manisan halus umpama manik berwarna warni. Slurpppppp satu kali !
Tuan tuan, dan puan puan. Memperkenalkan Meow Meow ! Sejenis kucing baka kampung yang gemar tidur dan juga bermain di bawah permaidani. Beliau baru sahaja kehilangan gigi taring kirinya dan lihatlah betapa nyenyaknya beliau tidur ! Sungguh sebuah karya yang agung !!
Termenunggggggggg ku sendiri~ mengenangkan, kampung halaman yang tercinta~ ahh, sebuah gambar yang ringkas namun amat menggamit memori. Kalian tahu, di kawasan perkarangan sekolah rendah saya, terdapat berbagai jenis bunga yang sama seperti di dalam gambar ini, namun berbeza dari segi warna. Sungguh sebuah gambar yang menggamit memori.
Okay, sekali lagi kita kembali kepada slot "MARI MENGENALI RAUT WAJAH" bersama saya, di blog khas ini~ seperti yang kita sedia maklum, raut wajah sebegini adalah raut wajah yang sesuai di gunakan oleh seseorang yang berasa marah, ataupun tidak puas hati akan sesuatu. Ini adalah kerana tajamnya renungan tersebut dengan jelas telah pun memberikan sedikit sebanyak erti yang mendalam buat yang melihatnya. Awas, itu adalah kata kata yang terbaik sekiranya anda berhadapan dengan raut sebegini !
Di mana dia, anak kambing saya~ anak kambing saya yang bawa motor ex5 ! Yosh, kepada pembaca sekalian ! Di sini adalah salah satu contoh raut wajah yang menarik untuk dibahaskan. Seperti yang kita sedia maklum, raut sebegini, amatlah berbeza dengan raut marah, ianya lebih kepada raut yang serius, seperti sedang menunggu sesuatu dari anda. Bak kata orang putih, ya better got something to explain ! Lol~
Last, but not least.. Here we are at our most precious treasure for today ! Memperkenalkan, senyuman indah, bak iklan Colgate ! Raut sebegini semestinya tidak memerlukan sebarang penjelasan, ianya sudah pun cukup ampuh untuk memberikan maklumat yang sahih dan tegas, adalah selamat untuk kita mengatakan bahawa raut ini adalah raut, yeah, ya can trust me !
No comments:
Post a Comment