Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan Mengikut Bab 1 hingga 6 & Impikasi Buku Kajian Wacana dan strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu

Bab 1 di dalam buku Kajian Wacana & Strategi Komunikasi Teori & Aplikasi adalah lebih menyeluruh kepada pengenalan terhadap sistem komunikasi yang menggunakan wacana. Bab 1 juga memperkenalkan beberapa orang tokoh yang memberikan definisi wacana yang berbeza – beza seperti Edmonson(1981), Kamus Dewan(Edisi keempat), Asmah Haji Omar(1986), Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam(1985), Normaliza Abd Rahim(2014), Stubbs(1983), Brown & Yule(1983), Halliday & Hassan(1985) dan Normaliza Abd Rahim(2018b).

Untuk bab 2, ianya lebih menjurus kepada teori dan pendekatan dalam kajian wacana. Terdapat 4 tokoh utama yang dibincangkan di dalam bab ini iaitu, Brown & Yule(1983) dengan teori analisisnya mengenai 4 elemen wacana dan cara analisisnya, Stubbs(1983) dengan teori analisis wacana adalah untuk kajian unit linguistic yang lebih besar, Vandijk (1977) dengan teori wacana mikro dan makro, serta tokoh tempatan, pendekatan analisis wacana Normaliza Adb Rahim(2018b) yang melibatkan ujaran %& reaksi daripada masyarakat.

Manakala untuk bab 3, bab ini merangkumi kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tektual cerita sosial dan ujaran di dalam kalangan autism. Kajian di dalam bab 3 ini adalah menggunakan pendekatan yang dicadangkan melalui penganalisian tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian. Antara cerita sosial yang akan di kaji di dalam kajian wacana tekstual adalah “Keluarga Saya”, “Saya Yang Istimewa”,”Nenek dan Datuk”, “Hati” dan “Jiran”.

Bab 4 pula menyentuh mengenai strategi komunikasi di dalam kalangan pelajar di dalam mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum di bentuk. Mesej yang dihantar serta diterima akan menggunakan pelbagai strategi supaya kedua dua pihak faham dan mampu bertindak balas terhadap mesej tersebut.

Untuk bab 5, ianya berkenaan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab ini akan membincangkan mengenai teori 3 elemen Tarone, Sembilan strategi komunikasi Johnstone, tiga aspek Faerch & Kasper, dan taksonomi strategi komunikasi Dornyei & Scott.

Bab 6 pula merujuk kepada analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak kanak. Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat 16 pendekatan menggunakan strategi komunikasi. Antaranya ialah, analisis strategi singkatan perkataan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri dan lain-lain lagi.

Implikasi buku ini kepada pelajar ialah, mereka dapat menimba ilmu baharu dan memperkasakan lagi kemahiran komunikasi mereka. Oleh itu,terbuktilah buku ini adalah salah satu daripada asset yang berharga kepada masyarakat.

Harga Buku: RM20.00

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu



Sunday, 3 November 2019

BBM3410SATU: FOTOGRAFI 6 FLATLAY

Yo yo yo yosh~ Salam buat semua pembaca ! Owner's here and once again, kita akan berbincang mengenai tugasan baru ! Yeah, semestinya Multimedia brosku, sisku, kucingku, anjingku dan semua kukukuz~

Kali ni nampaknya ada satu lagi topik menarik, which is being known as..... *Drum rolling sound~

"F.L.A.T.L.A.Y"

Ya, anda sebut benda yang benar, datar baring ! Lol, okay, Flatlay~ flatlay ni kalau ikut pada dirrct translation, seperti yang di atas tulah, datar baring. Tapi sebenarnya kalau dari sudut fotografi, ianya adalah suatu teknik yang berkaitan dengan sudut sesuatu gambar itu di ambil. Misalnya kita ada full flatlay(90°), half flatlay(45°), quarter flatlay(30°) and also, zero flatlay(0°). So apa kata anda ??? Jom, saksikan di sini !!


Yeah, click this link please~  👇👇👇

https://youtu.be/jhI8dPWUvRs

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...