Thursday, 3 October 2019
Wednesday, 2 October 2019
BBM3410Satu2019: Long Shot (Prestij Production)
Salah satu pemandangan langka di sebuah tasik di lokasi rahsia~
"The Sidewalk"- Bukit Expo, 2019
Pemandangan di Port Dickson, pada kala petang yang indah lagikan damai~
Dua remaja yang berkelakuan seperti kanak kanak riang demi tugasan yang tercinta~
Pemandangan dari puncak FBMK pada saat jerebu menguasai langit Selangor, September, 2019
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Prestij Production)
Manakala untuk gambar ini, ianya menceritakan mengenai realiti kehidupan, di mana kita haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan terus mengorak langkah walau apa pun terjadi !
Ini ? Oh ini gambar member saya. Beliau merupakan salah seorang yang mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang fotografi ! Pantang sahaja melihat sesuatu yang menarik, pasti beliau akan abadikannya di dalam bentuk sebegini !
Dan untuk gambar ini, rasanya cukup saya katakan bahawa beliau adalah seorang yang pemurah dengan senyuman walaupun mempunyai populariti yang amat menarik !
Di sini kita sedang melihat ke arah Niza, beliau merupakan salah seorang daripada pelajar yang mengikuti kursus fotografi di bawah sebuah kelab khas di Selangor.
1 ayat. Umpama Puteri Buluh Betong.
BBM3410Satu2019: Close-Up (Prestij Production)
Sepetang bersama neslo ais yang ditaburi manisan halus umpama manik berwarna warni. Slurpppppp satu kali !
Tuan tuan, dan puan puan. Memperkenalkan Meow Meow ! Sejenis kucing baka kampung yang gemar tidur dan juga bermain di bawah permaidani. Beliau baru sahaja kehilangan gigi taring kirinya dan lihatlah betapa nyenyaknya beliau tidur ! Sungguh sebuah karya yang agung !!
Termenunggggggggg ku sendiri~ mengenangkan, kampung halaman yang tercinta~ ahh, sebuah gambar yang ringkas namun amat menggamit memori. Kalian tahu, di kawasan perkarangan sekolah rendah saya, terdapat berbagai jenis bunga yang sama seperti di dalam gambar ini, namun berbeza dari segi warna. Sungguh sebuah gambar yang menggamit memori.
Okay, sekali lagi kita kembali kepada slot "MARI MENGENALI RAUT WAJAH" bersama saya, di blog khas ini~ seperti yang kita sedia maklum, raut wajah sebegini adalah raut wajah yang sesuai di gunakan oleh seseorang yang berasa marah, ataupun tidak puas hati akan sesuatu. Ini adalah kerana tajamnya renungan tersebut dengan jelas telah pun memberikan sedikit sebanyak erti yang mendalam buat yang melihatnya. Awas, itu adalah kata kata yang terbaik sekiranya anda berhadapan dengan raut sebegini !
Di mana dia, anak kambing saya~ anak kambing saya yang bawa motor ex5 ! Yosh, kepada pembaca sekalian ! Di sini adalah salah satu contoh raut wajah yang menarik untuk dibahaskan. Seperti yang kita sedia maklum, raut sebegini, amatlah berbeza dengan raut marah, ianya lebih kepada raut yang serius, seperti sedang menunggu sesuatu dari anda. Bak kata orang putih, ya better got something to explain ! Lol~
Last, but not least.. Here we are at our most precious treasure for today ! Memperkenalkan, senyuman indah, bak iklan Colgate ! Raut sebegini semestinya tidak memerlukan sebarang penjelasan, ianya sudah pun cukup ampuh untuk memberikan maklumat yang sahih dan tegas, adalah selamat untuk kita mengatakan bahawa raut ini adalah raut, yeah, ya can trust me !
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestij Production)
Okay anak anak, mari belajar mengenai raut wajah. Berdasarkan gambar di atas, kita boleh mengatakan bahawa raut sebegini, adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan raut wajah untuk seseorang yang cuba melarikan pandangan daripada sesuatu. Mungkin sahaja beliau berada di dalam keadaan yang tidak berapa selesa ataupun apa. Wallahualam.
Dan ini, ini adalah raut untuk wajah yang dari azalinya gembira yang teramat. Apa pun penyebab kepada kegembiraan yang melampau ini, sekalung tahniah diucapkan buat pemilik raut wajah ini. Tahniah kerana anda telah berjaya membuatkan saya dan para pembaca turut merasa terhibur !
Dan ini.... Ini.... Hurm. Sejujurnya saya tidak mempunyai sebarang komen untuk raut sebegini. Secara amnya kita boleh melihat kekeliruan yang begitu jelas lagikan nyata, namun tidak juga di nafikan ianya juga mungkin bermaksud bahawa pemilik raut wajah ini mungkin berada di dalam keadaan yang terkejut. Apa pun ia, semoga semuanya menjadi baik baik sahaja, sekian.
BBM3410Satu2019: Bird's Eye View ( Prestij Production)
"Ahh betapa manusia leka akan kehidupan duniawi, sedangkan kehidupan ini cumalah sementara dan akhiratlah tempat hakiki..", getus Sang Burung Hantu sambil memandang ke arah manusia yang sedang bersuka ria~
"Sungguh aku rindu akan pemandangan bukit bakau dan kehijauan ini.."', bisik Sang Enggang sambil melayang perlahan~
"Wahai anak anakku, inilah Kuala Lumpur, salah satu daripada kota yang termaju di Asia ini !", kata Sang Bangau pada anak anaknya~
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2019: Kalendar 2020
Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...
-
Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...
-
Haa ni lagi satu, takyah cakap banyakkkkkk ! Video ni paling saya rasa cammmmmmmmm huish. Dahlah shoot time malam, kat FBMK lak tu ! Lag...
-
Ini... Ini... Adalah salah satu daripad avideo yang sya tak tahu nak cakap apa.. Sebab.. Sebab video ni pelik. Pelik lagikan eeuw. Rasa ma...



























