Sunday, 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Kelegaan


Okay, sekarang kita bergerak menuju kelegaan pula. Kegembiraan dah, Keredhaan dah, Ketenangan dan sekarang lak, Kelegaan. Sebenarnya ada apa dengan semua Ke Ke Ke ni ?? Haa tu satu satu soalan yang ringkas, dan jawapannya pretty much forward juga. Jawapannya adalah.......... Tinininit(buat bunyi cam Doraemon keluarkan barang dari poket dia) Assignment. Tugasan khas setiap minggu. Lol~ But putting that aside, inilah dia benda yang melegakan saya. Apabila saya dah selesai tanggungjawab di sini, dan alhamdulillah, pergi balik, saya sendiri yang hantar, meski hanya mampu bersederhana. Terima kasih mak, akak, semua. Alhamdulillah, lega.

BBM3410Satu2019: Kegembiraan

Now we are gonna talk about my "KEGEMBIRAAN" !!! And as much as ya guys can guess, it's pretty much straight forward ! MA FAM ! Keluargaku, keluarga ko, and etc term that bring the same meaning ! Just look at ma grin, boy !!!

Also, give some dhua to my sis will ya ?? Baru konvo kot tu ! 

BBM3410Satu2019: Ketenangan

..... Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh kakak saya. Sebuah gambar yang ringkas, namun, boleh dikatakan Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada saat melihat gambar ini. Yupz, that's ma pa. My one, and my only, Abah. Ada banyak lagi benda yang saya tak sempat nak share dengan beliau, tunjuk, bagi dan seangkatan dengannya. Dia bukan sakit, tapi entah. Dia rasa macam kosong. Kosong yang sukar untuk dijelaskan. Anyways, still alhamdulillah. Sebab semuanya telah berjalan dengan lancar. Amin.


BBM3410Satu2019: Keredhaan

Ini adalah sebuah tugasan yang berkisarkan mengenai keredhaan. And tbh, it's kinda hard ya know.. To be all accepting and etc. Berat geng. buh oh well, thing will be okay. Semuanya akan kembali okay. Insya Allah.

Wednesday, 4 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Salam, afternoon, selamat bah abey, etc ! Yo~

So, semester ni adalah semester akhir saya di UPM, dan dalam semester ni juga, kami ada pakai satu buku yang menarik, haa silakan jengah !!


Okay, buku ni namanya Eh !!! Media Sosial oleh Prof. dato' Noraien Mansor dan juga Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Dalam buku ni, ianya mengandungi 8 bab yang  meliputi topik topik tertentu.

Bab 1 adalah topik pengenalan, di mana ianya akan menghuraikan mengenai media sosial dan kaitannya dengan pembelajran. Di dalam bab ini, ianya akan menyentuh mengenai etika, jenis media, dan juga gambaran keseluruhan kepada semua bab bab lain.


Untuk bab 2, ianya lebih bertumpu kepada laman sesawang Twitter, dimana penulis merincikan mnegenai cara pendaftaran, penggunaan dan juga kajian yang berkaitan dengan laman terbabit. Ianya merupakan sebuah laman yang hebat dan sesuai untuk generaasi yang masih lagi belum boleh melupakan zaman penggunaan aksara yang terhad. Haha~

Untuk bab 3 pula, ianya menyentuh mengenai salah satu lama yang pada dulunya dikhaskan untuk orang tertentu namun kini telah buka kepada umum. Facebook. Sama seperti bab sebelumnya, bab 3 juga berkaitan mengenai pengenalan, kajian, faedah dan seangkatan dengannya. Di dalam bab 3 juga, para pembaca akan di ajar untuk membuka dan mendaftar akaun Facebook.

Bab 4. Bab 4 adalah mengenai sebuah aplikasi yang popular di kalangan pengguna smartphone. Memperkenalkan, Instagram ! Sebuah aplikasi yang dicipta khas untuk berkongsi gambar dan juga video yang dimuat naik ke system khas, ianya adalah inovasi yang menarik dan boleh dikatakan ulung. Bab ini juga mengajarkan mengenai pendaftaran dan cara penggunaan.

Seterusnya, bab 5. Bab 5 mengajarkan mengenai ibu kepada segala perkara, iaitu……… Emel ! tanpa emel, sebarang pendaftaran, transaksi, mahupun apa apa akses yang melibatkan internet adalah sangat tidak mungkin ! baba ini mengajarkan mengenai pendaftran dan juga penggunaan email itu sendiri.

Kemudian, bab 6. Blog. yupz, blog, ya heard me right. Benda yang kalian tengah baca ini, blog. bab ini mengajarkan mengenai blog. Dari pendaftaran, hingga ke cara penggunaan, dan seterusnya kajian.

Seterusnya lagi, bab 7, bab kedua terakhir ! Bab ini menyentuh mengenai isu did alma rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Di dalam bab ini, penulis menyentuh mnegani teori, literature, metadologi dan juga hasil serta pembincangan topic ini dengan para pembaca.

Untuk bab yang ke 8, dan terakhir, pembaca akan disajikan dengan implikasi pedagogi. Dimana peranan guru dan rangka kerja, pelajar, suasana pembelajaran dan lain lain akan disentuh dengan menyeluruh dan di bahaskan dengan terperinci,

Secara peribadinya, saya berpendapat, bahawa buku ini telah memberikan implikasi yang elok kepada para pembaca khususnya kepada golongan yang ingin mempelajari mengenai teknologi media sosial. Ianya juga akan memberikan pendedahan yang cukup serta panduan yang ringkas dan mudah di ikuti oleh segenap umur !


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Harga: RM60


Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan Mengikut Bab 1 hingga 6 & Impikasi Buku Kajian Wacana dan strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu

Bab 1 di dalam buku Kajian Wacana & Strategi Komunikasi Teori & Aplikasi adalah lebih menyeluruh kepada pengenalan terhadap sistem komunikasi yang menggunakan wacana. Bab 1 juga memperkenalkan beberapa orang tokoh yang memberikan definisi wacana yang berbeza – beza seperti Edmonson(1981), Kamus Dewan(Edisi keempat), Asmah Haji Omar(1986), Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam(1985), Normaliza Abd Rahim(2014), Stubbs(1983), Brown & Yule(1983), Halliday & Hassan(1985) dan Normaliza Abd Rahim(2018b).

Untuk bab 2, ianya lebih menjurus kepada teori dan pendekatan dalam kajian wacana. Terdapat 4 tokoh utama yang dibincangkan di dalam bab ini iaitu, Brown & Yule(1983) dengan teori analisisnya mengenai 4 elemen wacana dan cara analisisnya, Stubbs(1983) dengan teori analisis wacana adalah untuk kajian unit linguistic yang lebih besar, Vandijk (1977) dengan teori wacana mikro dan makro, serta tokoh tempatan, pendekatan analisis wacana Normaliza Adb Rahim(2018b) yang melibatkan ujaran %& reaksi daripada masyarakat.

Manakala untuk bab 3, bab ini merangkumi kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tektual cerita sosial dan ujaran di dalam kalangan autism. Kajian di dalam bab 3 ini adalah menggunakan pendekatan yang dicadangkan melalui penganalisian tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian. Antara cerita sosial yang akan di kaji di dalam kajian wacana tekstual adalah “Keluarga Saya”, “Saya Yang Istimewa”,”Nenek dan Datuk”, “Hati” dan “Jiran”.

Bab 4 pula menyentuh mengenai strategi komunikasi di dalam kalangan pelajar di dalam mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum di bentuk. Mesej yang dihantar serta diterima akan menggunakan pelbagai strategi supaya kedua dua pihak faham dan mampu bertindak balas terhadap mesej tersebut.

Untuk bab 5, ianya berkenaan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab ini akan membincangkan mengenai teori 3 elemen Tarone, Sembilan strategi komunikasi Johnstone, tiga aspek Faerch & Kasper, dan taksonomi strategi komunikasi Dornyei & Scott.

Bab 6 pula merujuk kepada analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak kanak. Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat 16 pendekatan menggunakan strategi komunikasi. Antaranya ialah, analisis strategi singkatan perkataan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri dan lain-lain lagi.

Implikasi buku ini kepada pelajar ialah, mereka dapat menimba ilmu baharu dan memperkasakan lagi kemahiran komunikasi mereka. Oleh itu,terbuktilah buku ini adalah salah satu daripada asset yang berharga kepada masyarakat.

Harga Buku: RM20.00

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu



Sunday, 3 November 2019

BBM3410SATU: FOTOGRAFI 6 FLATLAY

Yo yo yo yosh~ Salam buat semua pembaca ! Owner's here and once again, kita akan berbincang mengenai tugasan baru ! Yeah, semestinya Multimedia brosku, sisku, kucingku, anjingku dan semua kukukuz~

Kali ni nampaknya ada satu lagi topik menarik, which is being known as..... *Drum rolling sound~

"F.L.A.T.L.A.Y"

Ya, anda sebut benda yang benar, datar baring ! Lol, okay, Flatlay~ flatlay ni kalau ikut pada dirrct translation, seperti yang di atas tulah, datar baring. Tapi sebenarnya kalau dari sudut fotografi, ianya adalah suatu teknik yang berkaitan dengan sudut sesuatu gambar itu di ambil. Misalnya kita ada full flatlay(90°), half flatlay(45°), quarter flatlay(30°) and also, zero flatlay(0°). So apa kata anda ??? Jom, saksikan di sini !!


Yeah, click this link please~  👇👇👇

https://youtu.be/jhI8dPWUvRs

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...