Thursday, 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Yosh ! Salam biru biru buat para traders dan salam sejahtera buat yang membaca !

Topik perbincangan kita pada hari ini adalah suatu topik yang agak menarik ya tuan tuan ! Ianya berkenaan mengenai...........................

                                                                       KELUARGA

Ya. Keluarga. Saya mempunyai keluarga, anda mempunyai keluarga... Semua mempunyai keluarga ! Dan di sinilah ianya bermula. Cerita mengenai keluarga saya.

Keluarga saya merupakan keluarga pendatang dari wilayah Kalimantan, baik dari keturunan ibu saya, mahupun bapa saya. Mereka merupakan keturunan asli Sambas.

Mereka berpindah ke Matu kerana sebab sebab peribadi dan bermulalah lembaran baru di dalam generasi kami.

Di Matu, kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Melanau. Bangsa Melanau mempunyai status quo yang tersendiri, seperti India, namun berbeza dari segi faedah dan keistimewaan. Tapi itu adalah cerita lain. Mari, kita selidik lebih lanjut berkenaan keluargaku.

Berbalik pada cerita tadi, keturunanku mulai menetap di Sarawak dan berasimilasi di sana. Sehinggalah pada hari ini. Rumah kami tidak mempunyai ciri rumah Melanau, mahupun Sambas. Ianya merupakan rumah biasa yang langsung tidak menunjukkan apa apa budaya.

Arwah moyangku pernah berpesan, usah menoleh pada yang lama, cukup kita berpegang pada suatu kata, bahawa darah kita tetap di Sambas jua~

Ayat yang agak berat bukan, tapi ya. Itu merupakan pegangan yang kuat untuk keluarga kami, dan juga generasi generasi, seterusnya.

Selain itu, keluarga kami juga telah beradaptasi untuk hidup selaku bangsa Melanau hinggakan kami mendapat status bumiputera oleh kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...