Wednesday, 16 October 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Ulasan Bab 6

Blog adalah salah satu medium bertulis yang berfungsi untuk menyampaikan informasi, ilmu,dan perbincangan sama ada secara formal ataupun tidak formal. Selain itu, blog juga tidaklah terbatas untuk tujuan promosi, iklan mahupun penyebaran/pengumuman malah juga boleh digunakan untuk kegunaan untuk diri sendiri seperti jurnal dan diari.

Di samping itu, blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan masyarakat berkomunikasi secara alam maya, iaitu melalui ruangan komen untuk penulis blog dan juga pembaca blog. Ianya merupakan alat untuk berdialog antara penulis dan pembaca blog. Bahkan pada masa kini, acapkali pelajar universiti di kehendaki untuk mencipta blog sebagai suatu tugasan bagi melengkapi sesuatu subjek. Tugasan seperti ini bukan sahaja dapat memberi ilmu baharu pada pelajar malahan dapat menghasilkan penulisan pelajar yang kreatif dan sekaligus mengasah bakat mereka untuk menghasilkan karya kreatif mereka sendiri.

Manakala untuk Martindale & Wiley, 2005, mereka berpendapat penulisan blog amatlah membantu pendidik bagi tujuan pembelajaran, kerana penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). 

Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) pula mendapati bahawa pelajar mampu menerima dengan baik penggunaan blog di dalam laman maya, kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Bahkan seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju bahawa penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusasteraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu, moral dan estetika dan lain-lain. Dengan kemajuan zaman masa kini, segenap lapisan masyarakat telah pun mampu untuk mengaplikasikan kemudahan teknologi ini, dan ianya juga turut mempunyai ciri keselamatan yang baik, misalnya hanya orang yang di jemput sahaja yang boleh mempunyai akses kepada blog terbabit. 

Tambahan lagi, pembaca yang pelbagai juga telah memberikan kemudahan kepada para peniaga untuk meluaskan lagi empayar perniagaan di samping memastikan maklumat perniagaan berjaya di sebarkan kepada sasaran perniagaan.

Kesimpulannya, keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog mampu membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan juga pembelajaran teknologi. Menulis blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka untuk menulis. Kajian ini telah melibatkan pengajar blog untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...