Sunday, 20 October 2019

BBM3410Satu2019: TUGASAN INSTAGRAM

Yeah, kembali lagi kita bersama saya, pemilik kepada blog yang hanya dikemas kini dua atau tiga kali seminggu ! Pada entri kali ini, saya akan berkongsi kepada anda mengenai 2 gambar terkini di instagram saya ! Jom, simak !!


Semak ? Penuh dengan barang ? Kurang artistik ? Orang Barat cakap, "Agree to disagree !" lol~ Gambar ini adalah tidak lain dan tidak bukan, mengenai kegembiraan saya ! Yupz, ya read that right ! Fotografi adalah salah satu bidang kegemaran saya, namun saya lebih terarah kepada bidang perfileman, di mana saya lebih kepada pembikinan video video pendek dan sebagainya !



Oof~ gambar yang ini pula adalah lebih kepada keadaan terkini pemilik blog ini. Yea, yang tahu je tahu, but oh well~ gambar ini di ambil dalam minggu ini juga, tepatnya pada saat sesi fisio sedang berlangsung. Wayar wayar memenuhi lengan, dan jari di suntik dengan serum perangsang..... Sakit ? Not much, but more to...... Entahlah, sukar untuk di gambarkan. Welp, this is truly the perfect moment untuk ingatkan diri akan 3 jawapan Allah~

"YA"

"YA, TAPI BUKAN SEKARANG."

&

"YA, TAPI AKU ADA SESUATU YANG LEBIH BAIK."

And in my case, I would go for number 2~ Lol

Sekian entri minggu ini ! Salam dan semoga berjumpa kembali !!!

Wednesday, 16 October 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Ulasan Bab 6

Blog adalah salah satu medium bertulis yang berfungsi untuk menyampaikan informasi, ilmu,dan perbincangan sama ada secara formal ataupun tidak formal. Selain itu, blog juga tidaklah terbatas untuk tujuan promosi, iklan mahupun penyebaran/pengumuman malah juga boleh digunakan untuk kegunaan untuk diri sendiri seperti jurnal dan diari.

Di samping itu, blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan masyarakat berkomunikasi secara alam maya, iaitu melalui ruangan komen untuk penulis blog dan juga pembaca blog. Ianya merupakan alat untuk berdialog antara penulis dan pembaca blog. Bahkan pada masa kini, acapkali pelajar universiti di kehendaki untuk mencipta blog sebagai suatu tugasan bagi melengkapi sesuatu subjek. Tugasan seperti ini bukan sahaja dapat memberi ilmu baharu pada pelajar malahan dapat menghasilkan penulisan pelajar yang kreatif dan sekaligus mengasah bakat mereka untuk menghasilkan karya kreatif mereka sendiri.

Manakala untuk Martindale & Wiley, 2005, mereka berpendapat penulisan blog amatlah membantu pendidik bagi tujuan pembelajaran, kerana penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). 

Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) pula mendapati bahawa pelajar mampu menerima dengan baik penggunaan blog di dalam laman maya, kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Bahkan seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju bahawa penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusasteraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu, moral dan estetika dan lain-lain. Dengan kemajuan zaman masa kini, segenap lapisan masyarakat telah pun mampu untuk mengaplikasikan kemudahan teknologi ini, dan ianya juga turut mempunyai ciri keselamatan yang baik, misalnya hanya orang yang di jemput sahaja yang boleh mempunyai akses kepada blog terbabit. 

Tambahan lagi, pembaca yang pelbagai juga telah memberikan kemudahan kepada para peniaga untuk meluaskan lagi empayar perniagaan di samping memastikan maklumat perniagaan berjaya di sebarkan kepada sasaran perniagaan.

Kesimpulannya, keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog mampu membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan juga pembelajaran teknologi. Menulis blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka untuk menulis. Kajian ini telah melibatkan pengajar blog untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.

Thursday, 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Yosh ! Salam biru biru buat para traders dan salam sejahtera buat yang membaca !

Topik perbincangan kita pada hari ini adalah suatu topik yang agak menarik ya tuan tuan ! Ianya berkenaan mengenai...........................

                                                                       KELUARGA

Ya. Keluarga. Saya mempunyai keluarga, anda mempunyai keluarga... Semua mempunyai keluarga ! Dan di sinilah ianya bermula. Cerita mengenai keluarga saya.

Keluarga saya merupakan keluarga pendatang dari wilayah Kalimantan, baik dari keturunan ibu saya, mahupun bapa saya. Mereka merupakan keturunan asli Sambas.

Mereka berpindah ke Matu kerana sebab sebab peribadi dan bermulalah lembaran baru di dalam generasi kami.

Di Matu, kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Melanau. Bangsa Melanau mempunyai status quo yang tersendiri, seperti India, namun berbeza dari segi faedah dan keistimewaan. Tapi itu adalah cerita lain. Mari, kita selidik lebih lanjut berkenaan keluargaku.

Berbalik pada cerita tadi, keturunanku mulai menetap di Sarawak dan berasimilasi di sana. Sehinggalah pada hari ini. Rumah kami tidak mempunyai ciri rumah Melanau, mahupun Sambas. Ianya merupakan rumah biasa yang langsung tidak menunjukkan apa apa budaya.

Arwah moyangku pernah berpesan, usah menoleh pada yang lama, cukup kita berpegang pada suatu kata, bahawa darah kita tetap di Sambas jua~

Ayat yang agak berat bukan, tapi ya. Itu merupakan pegangan yang kuat untuk keluarga kami, dan juga generasi generasi, seterusnya.

Selain itu, keluarga kami juga telah beradaptasi untuk hidup selaku bangsa Melanau hinggakan kami mendapat status bumiputera oleh kerajaan negeri.

BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Berikut adalah tips kepada kesuksesan yang ampuh lagikan terbukti ! Jom, simak !!!


Wednesday, 2 October 2019

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestij Production)


Mercu tanda kebanggaan kolej Palapes, merupakan kereta kebal sebenar yang di jadikan monumen Kolej Sultan Suleman Shah~


Pandangan depan markas Batallion tentera Wataniah di UPMKS~



Pemandangan umpama di kampung, pandangan dari sudut bahu Puan Muda Anietan di Tasik Bukit Expo, 2019~

BBM3410Satu2019: Long Shot (Prestij Production)



Suasana pagi di bukit expo, upmks. Menenangkan dan juga aman damai.


Salah satu pemandangan langka di sebuah tasik di lokasi rahsia~



"The Sidewalk"- Bukit Expo, 2019



Pemandangan di Port Dickson, pada kala petang yang indah lagikan damai~



Dua remaja yang berkelakuan seperti kanak kanak riang demi tugasan yang tercinta~



Pemandangan dari puncak FBMK pada saat jerebu menguasai langit Selangor, September, 2019

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Prestij Production)



Gambar ini menceritakan mengenai seorang pelajar yang sedang menggamit kenangan lalu di tempat yang amat bermakna buatnya. Kelihatan senyuman yang mekar di bibirnya adalah ikhlas dan semestinya datang dari sudut hatinya !


Manakala untuk gambar ini, ianya menceritakan mengenai realiti kehidupan, di mana kita haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan terus mengorak langkah walau apa pun terjadi !



Ini ? Oh ini gambar member saya. Beliau merupakan salah seorang yang mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang fotografi ! Pantang sahaja melihat sesuatu yang menarik, pasti beliau akan abadikannya di dalam bentuk sebegini !


Dan untuk gambar ini, rasanya cukup saya katakan bahawa beliau adalah seorang yang pemurah dengan senyuman walaupun mempunyai populariti yang amat menarik !



Di sini kita sedang melihat ke arah Niza, beliau merupakan salah seorang daripada pelajar yang mengikuti kursus fotografi di bawah sebuah kelab khas di Selangor.



1 ayat. Umpama Puteri Buluh Betong. 



BBM3410Satu2019: Close-Up (Prestij Production)



Sepetang bersama neslo ais yang ditaburi manisan halus umpama manik berwarna warni. Slurpppppp satu kali !



Tuan tuan, dan puan puan. Memperkenalkan Meow Meow ! Sejenis kucing baka kampung yang gemar tidur dan juga bermain di bawah permaidani. Beliau baru sahaja kehilangan gigi taring kirinya dan lihatlah betapa nyenyaknya beliau tidur ! Sungguh sebuah karya yang agung !!



Termenunggggggggg ku sendiri~ mengenangkan, kampung halaman yang tercinta~ ahh, sebuah gambar yang ringkas namun amat menggamit memori. Kalian tahu, di kawasan perkarangan sekolah rendah saya, terdapat berbagai jenis bunga yang sama seperti di dalam gambar ini, namun berbeza dari segi warna. Sungguh sebuah gambar yang menggamit memori.



Okay, sekali lagi kita kembali kepada slot "MARI MENGENALI RAUT WAJAH" bersama saya, di blog khas ini~ seperti yang kita sedia maklum, raut wajah sebegini adalah raut wajah yang sesuai di gunakan oleh seseorang yang berasa marah, ataupun tidak puas hati akan sesuatu. Ini adalah kerana tajamnya renungan tersebut dengan jelas telah pun memberikan sedikit sebanyak erti yang mendalam buat yang melihatnya. Awas, itu adalah kata kata yang terbaik sekiranya anda berhadapan dengan raut sebegini !



Di mana dia, anak kambing saya~ anak kambing saya yang bawa motor ex5 ! Yosh, kepada pembaca sekalian ! Di sini adalah salah satu contoh raut wajah yang menarik untuk dibahaskan. Seperti yang kita sedia maklum, raut sebegini, amatlah berbeza dengan raut marah, ianya lebih kepada raut yang serius, seperti sedang menunggu sesuatu dari anda. Bak kata orang putih, ya better got something to explain ! Lol~



Last, but not least.. Here we are at our most precious treasure for today ! Memperkenalkan, senyuman indah, bak iklan Colgate ! Raut sebegini semestinya tidak memerlukan sebarang penjelasan, ianya sudah pun cukup ampuh untuk memberikan maklumat yang sahih dan tegas, adalah selamat untuk kita mengatakan bahawa raut ini adalah raut, yeah, ya can trust me ! 

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestij Production)


Okay anak anak, mari belajar mengenai raut wajah. Berdasarkan gambar di atas, kita boleh mengatakan bahawa raut sebegini, adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan raut wajah untuk seseorang yang cuba melarikan pandangan daripada sesuatu. Mungkin sahaja beliau berada di dalam keadaan yang tidak berapa selesa ataupun apa. Wallahualam.


Dan ini, ini adalah raut untuk wajah yang dari azalinya gembira yang teramat. Apa pun penyebab kepada kegembiraan yang melampau ini, sekalung tahniah diucapkan buat pemilik raut wajah ini. Tahniah kerana anda telah berjaya membuatkan saya dan para pembaca turut merasa terhibur !


Dan ini.... Ini.... Hurm. Sejujurnya saya tidak mempunyai sebarang komen untuk raut sebegini. Secara amnya kita boleh melihat kekeliruan yang begitu jelas lagikan nyata, namun tidak juga di nafikan ianya juga mungkin bermaksud bahawa pemilik raut wajah ini mungkin berada di dalam keadaan yang terkejut. Apa pun ia, semoga semuanya menjadi baik baik sahaja, sekian.

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View ( Prestij Production)


"Ahh betapa manusia leka akan kehidupan duniawi, sedangkan kehidupan ini cumalah sementara dan akhiratlah tempat hakiki..", getus Sang Burung Hantu sambil memandang ke arah manusia yang sedang bersuka ria~



"Sungguh aku rindu akan pemandangan bukit bakau dan kehijauan ini.."', bisik Sang Enggang sambil melayang perlahan~



"Wahai anak anakku, inilah Kuala Lumpur, salah satu daripada kota yang termaju di Asia ini !", kata Sang Bangau pada anak anaknya~

BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Salam ! Hey ! I'm back ! Ahh, fyp. Yupz, payah naw kalau berkenaan fyp ni. Anyways kami ada buat kalendar tau ! So, do enjoy ! Hahahah~...